MISTERI POTRET WANITA
Siri: Novel Misteri Asuh
ISBN: 978-629-7716-94-7
Penulis: Maryam Sarbuni
Harga: RM10.00/RM12.00
EVIL EYES
ISBN: 978-629-7716-95-4
Siri: Novel Misteri Asuh
Penulis: maryam Sarbini
Harga: RM10.00/RM12.00
MISTERI POTRET WANITA
EVIL EYES
40 Hadith Kelebihan Berselawat
Blurb:
Amalan berselawat merupakan manifestasi cinta, penghubung rohani
antara umat dan Nabinya, serta sebab turunnya rahmat, keampunan dan ketinggian
darjat di sisi Allah ﷻ.
Kesedaran inilah yang mendorong para ulama hadith sejak dahulu untuk memberi
perhatian khusus terhadap tema selawat, sama ada melalui penulisan, pengajaran
mahupun pengamalan peribadi. Kitab ini berdiri sebagai salah satu bukti
keprihatinan tersebut.
Penerbitan 40 Hadith Kelebihan Berselawat ini diharapkan dapat
menghidupkan kembali tradisi ilmu dan amalan, dengan menghimpunkan dalil-dalil
sahih serta athar para salaf berkenaan keutamaan berselawat, lalu
menyampaikannya dalam bentuk yang mudah diakses oleh pembaca kontemporari.
Terjemahan yang diusahakan dengan cermat ini diharap dapat mendekatkan
masyarakat kepada khazanah turath Islam, tanpa menghilangkan roh asal dan
wibawa ilmiahnya.
Tentang Penulis:
Dr. Abdullaah Jalil merupakan seorang Pensyarah Kanan di Fakulti
Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru
Nilai, Negeri Sembilan. Beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam
Kewangan Islam daripada INCEIF, Kuala Lumpur pada tahun 2019. Sebelum itu,
beliau menamatkan pengajian MBA dalam Perbankan dan Kewangan Islam di
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2004 dan dianugerahkan
Pelajar Terbaik Program. Pada tahun 2001, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda
Shariah (Fiqh dan Pengajian Islam) daripada Universiti Yarmouk, Jordan dengan
keputusan Kelas Pertama (Mumtaz). Selain terlibat dalam bidang akademik, beliau
juga aktif berkongsi ilmu melalui laman sesawang www.penuntutilmu.com serta
beberapa halaman Facebook seperti Penuntut Ilmu, Masjid Hati Ummah, dan
Muzakarah Muamalat. Buku 40 Hadith Kelebihan Berselawat ini adalah buku pertama
beliau Bersama Galeri Ilmu Sdn Bhd.
Panduan Ibadah Korban dan Sembelihan Menurut Mazhab As-Syafie
Blurb:
Ibadah korban menuntut lebih daripada sekadar niat yang baik; ia perlu dilaksanakan dengan kefahaman yang tepat sebagaimana yang digariskan syariat. Tanpa panduan yang sahih, ibadah ini berisiko tersasar daripada kehendak syarak, sekali gus menghilangkan nilai ibadah yang sebenar.
Panduan Ibadah Korban dan Sembelihan Menurut Mazhab as-Syafie menghimpunkan perbahasan lengkap berkaitan hukum-hakam korban dan sembelihan, disusun secara sistematik berpandukan pandangan muktamad ulama Mazhab as-Syafie.
Buku ini membimbing pembaca memahami dari asas pensyariatan, syarat sah, waktu, jenis dan kecacatan haiwan, sehinggalah kepada pengurusan daging, wakalah, nazar dan isu-isu kontemporari.
Sesuai dijadikan rujukan oleh individu, jawatankuasa masjid,
NGO, pengendali korban serta sesiapa sahaja yang ingin memastikan ibadah korban
dilaksanakan dengan sah, sempurna dan berlandaskan ilmu.
KEGEMBIRAAN PADA WAKTU SUBUH
Penulis: Ustaz Muhadir
Haji Joll
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-629-7929-01-9
Kod: GB
0932
Saiz: 5” x 7.5”
Tebal: 64 m/s
Berat:
Harga: RM10.00/RM12.00
Waktu Subuh ialah suatu waktu yang tidak lama di antara terbit fajar sehingga terbit matahari. Namun, tempoh masa ini penuh dengan pelbagai keistimewaan, keberkatan, kelebihan dan kebaikan bukan sahaja dari sudut agama, malah dari sudut sains.
Naskhah kecil ini memaparkan hadis-hadis yang membicarakan kelebihan waktu Subuh dan ganjaran kepada mereka yang beribadah dan beramal soleh pada waktu ini. Antaranya:
o o Solat sunat Subuh 2 rakaat lebih baik daripada
dunia dan segala isinya
o Membaca Ayatul Kursi akan diberi perlindungan
dari pagi sehingga petang
o Berselawat 10 kali akan mendapat syafaat pada
hari kiamat
o 2 rakaat solat sunat Isyraq mendapat pahala
haji dan umrah
o Makan 7 biji kurma Ajwah akan selamat daripada
racun dan sihir
ADAB BERKAWAN
SINOPSIS
1. Bahasa yang mudah difahami.
2. Cerita dekat dengan dunia kanak-kanak.
3. Mengajar cara memilih kawan, menjaga hati sahabat dan
menyelesaikan konflik dengan baik.
4. Selari dengan pendidikan karakter dan kurikulum semasa.
5. Ilustrasi menarik dan berwarna-warni.
ADAB BELAJAR
SINOPSIS
1. Bahasa mudah dan mesra kanak-kanak.
2. Mengajar cara menghormati guru, fokus dalam kelas dan
mengamalkan ilmu.
3. Dilengkapi dalil al-Quran dan hadis.
4. Setiap adab disertakan kisah para Sahabat dan ulama yang
membantu membentuk disiplin dan sikap cintakan ilmu.
5. Boleh digunakan sebagai bahan sokongan pembentukan sahsiah
dan budaya belajar yang baik.
ADAB TERHADAP GURU
SINOPSIS
1. Bahasa mudah dan sesuai untuk murid sekolah.
2. Mengajar cara bercakap, mendengar, bertanya dan berinteraksi
dengan guru secara beradab.
3. Setiap adab diperkukuh dengan dalil al-Quran dan hadis.
4. Memaparkan contoh nyata bagaimana para Sahabat dan ulama
menjaga adab terhadap guru.
5. Membantu murid memahami bahawa ilmu yang berkat lahir
daripada adab yang betul.